Selasa, 17 Julai 2012

Ruangan Rumahku Syurgaku


Ruangan Rumahku Syurgaku
                                  


ruang untuk tamu yang hadir..klau tak hadir..tak d benarkan tu bertamu..






ruangan menonton tv..tempat nak berkhemah pun bole..kalau tamu yg ndak malu la..hahha..





ruangan yang suka melamun...bole pandang ke arah nie..dongak-dongak






ruangan meja makan..p ini hanya hiasan saja..tak pernah d gunakan pun...





laluan tuk ke toilet...jalan terus,n belok kiri..
alamak..napa ice box tu pintu tak tutup..deiii..membazir tu..

Jumaat, 13 Julai 2012

Rasa Cinta



"Cinta adalah kekuatan , yang mampu mengubah duri  jadi mawar,mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang,mengubah marah jadi ramah,mengubah musibah jadi muhibah,itulah CINTA.."

Cinta dari segi bahasanya adalah kasih sayang.Cinta dan mencintai adalah satu fitrah insaniah yang
memang lahir dari sanubari setiap yang begelar manusia.Tetapi sejauh manakah kita memahami maksud cinta
dalam erti kata yang sebenar.

Cinta itu sebenarnya indah apabila kita meletakkan cinta itu pada tempatnya.Maksudku adalah cinta
yang Allah redha.Mesti kita tidak mahu untuk membawa si dia membawanya ke neraka.
Kerana cinta itu sendiri sati istilah yang dipenuhi dengan kasih sayang.Masakan ingin membawanya kepada sesuatu yang buruk.

Tidak inginkah membawa Si dia ke syurga?Syurga yang penuh dengan nilai cinta keindahan

Mari kita bertadabur sebentar di dalam surah al-waqiah


Bila membaca ayat surah waqiah itu.indahnya surga,tidak dapat kita bayangkan di fikiran betapa hebatnya syurga,
jika benar-benar aku ingin untuk membawa si dia ke syurga,jadil jalannya mestilah dengan jalan yang Allah redha.

Caranya adalah jumpa walinya dan menikah.Kerana itulah satu-satunya jalan yg Allah redha.

Ya!InsyaAllah,aku juga sedang merancang.tetapi kita manusia ini hanya mampu merancang,hakikatnya Allah
swt lah yang menentukan.

Cinta?Kasih?bawalah dia ke syurga.

jaga hati.jaga pandangan.jagalah dari perkara yang Allah larang.

"ya tuhanku,aku mohon supaya aku cinta kepadaMu dan cintakan kepada orang yang mencintaiMu,
termasuk orang yang sayang kepada semua amalan yang boleh membawa kepada sayang kepadaMu."
(HADITH RIWAYAT TIRMIZI)

Kepadalelaki yang igin menikah ada syaratnya.kerna kita akan menanggung satu tanggungjawab yang besar,
iaitu yang pertama adalah,tingkatkan kefahaman dalam ilmu,perdekatan diri dengan Allah swt dan mencari cinta Allah
dahulu serta buat persediaan rapi untuk pernikahan.

kepada yang perempuan,bersedia juga dengan ilmu agar dapat saling membimbing bersama suami yang tercinta,
buat persediaan,dan tidak boleh lari lagi dari mencari cinta Allah swt juga yang paling utama harus digapai setiap
diantara kita.

konklusi: pernikahan adalah permulaan cinta

Ramai yang menganggap pernikahan sebagai sebuah pengakhiran kerana sudah jemu ber'couple' dan
menganggap pernikahan sebagai jalan akhir.Ternyata sekali pandngan itu silap kerana pernikahan adalah satu permulaan bagi kehidupan yang sebenar.Pernikahan itu penuh dengan rasa kecintaan dan kasih sayang.Carilah cinta yang sebenar!!...:))

Isnin, 9 Julai 2012

Baju Yang Dipakai Rasulullah Dan Puterinya Lihat..!!!.





HEBATNYA RASULULLAH SAW MENDIDIK PUTERINYA FATIMAH AZ
ZAHRA....SUPAYA TIDAK BERMEWAH...DAN LUPA DIRI....WALAUPUN
DIRINYA ANAK SEORANG NABI.....DAN PEMIMPIN YANG TERTINGGI....



Saiyyidina Ali bin Abi Thalib Karamallahu wajhahu...merupakan menantu
kesayangan nabi saw dan istrinya, Fatimah Az-Zahra pula merupakan puteri 
kesayangan Nabi saw..jika diikutkan budaya dan trend masyarakat moden hari ini 
maka kedudukan mereka sebagai anak dan menantu kepada nabi saw seorang
pemimpin...seseorang yang berkuasa..yang memegamg pemerintahan..yang
memegang kekayaan negara sudah pasti mereka berdua hidup di ddalam kemewahan
dengan harta yang berlimpah.

Namun perkara itu tidak barlaku..kepada puteri dan menantu Nabi saw...apabila ada
riwayat yang menyatakan bahawa mereka berdua hidup di dalam serba
kesederanaan..dab adakalanya berlapar perut kerana ketiadaan makanan.

Imam At-Tabari didalam kitabnya Al-Ausad ada meriwayatkan suatu hadis:


Ertinya:

Menurut cerita Imran bin Husain, pernah satu hari, Fatimah r.anha muncul di
hadapan Rasulullah dengan wajah kekuning-kuningan dan pucat akibat kelaparan.
Rasulullah lalu berkata, "mari ke mari mendekati aku..Wahai Fatimah."
kemudian Baginda saw berdoa, "ya Allah yang mengenyangkan orang yang lapar dan 
mengangkat orang yang jatuh,jangan engkau laparkan Fatimah binti
Muhammad."

Imran kemudian  menyatakan,"Darah tampak kembali di wajahnya dan hilanglah
kekuning-kuningannya...dan pucat di wajahnya"

Begitulah keadaan puteri nabi saw yang merasakan lapar kerana menjaga dirinya agar
tidak mengambil hak yang bukan miliknya...kerana sifat kenyang itu..selalunya
melupakan kita dengan Allah..lantaran nafsu yang membiak dengan makanan yang lazat dan mewah.

Di dalam satu riwayat lain yang di riwayatkan oleh Imam At-Thabrani...dengan
sanadnya datang daripada saidina Hussin daripada Fatimah r.nha

Ertinya: 
Suatu hari Rasulullah saw datang mengunjungi Fatimah,dan mencari cucu-cucunya..lalu
baginda bartanya:

Di mana cucu-cucuku?

Saiyidatina Fatimah menjawab,

"Pagi ini tidak ada sesuatu di rumah kami yang dapat di makan,sehinggakan Ali
mengatakan,'saya akan pergi dengan hassan dan hussin ke rumah seorang
yahudi."(untuk mengambil upah menceduk air..dan bayarannya satu cebok air sebiji kurma)
kerana aku takut sekirannya anak-anak kita ini menangis sedangkan tiada 
apa yang boleh kita berikan untuk mereka makan.

Rasulullah kemudian menyusul  mereka  dan melihat kedua cucunya sedang bermain 
dengan sisa kurma.Rasulullah saw bertanya,

"Wahai Ali,mengapa engkau tidak menyuruh kedua cucuku ini pulang sebelum 
mereka kepanansan?"

Saiyyidina Ali menjawap,

"Pagi ini tak ada sesuatu pun yang boleh kami makan di rumah.Bagaimana jika
engkau duduk dulu,wahai rasulullah,sehingga selesai kerjaku dan aku dapat
mengumpulkan buah tamar hasil dari upahku mengangkat air untuk diberikan
kepada Fatimah?"

Begitulah yang dilakukan Ali bin Abi Thalib,perjuangan Islam yang perkasa..menantu
kepada pemimpin yang berkuasa...Ia tidak merasa segan menimbah air untuk seorang yahudi,dimana
untuk setiap timbah ia akan mendapat sebutir kurma.
setelah terkumpul buah kurma yang mencukupi untuk dia dan keluarganya,
dia pun pulang ke rumah.

Saidina Ali r.a menantu kesayangan Nabi saw...mungkin boleh memintah daripada
nabi saw agar ayah mertuanya iaitu Nabi saw memberikannya kekayaan...dari
sumber Negara..mungkin dari harta baitul mal...atau apa sahaja peluang dan
ruang yang boleh digunakan sementelah kedudukannya yang rapat dengan nabi saw..
namun peluang itu..tidak digunakan oleh saiyyidina Ali kerana beliau seorang
sahabat dan menantu nabi saw yang beriman dan bertaqwa...tidak  mungkin baginya
membuat sesuatu yang menjadi kemurkaan Allah dengan mengambil harta yang
bukan haknya.

Imam Al-Ghazali pula ada meriwayatkan tentang suatu kisah di mana
suatu hari Rasulullah pergi bermusafir.Di saat itu pula..Saiyidina Ali r.a baru mendapat  ghanimah
(harta rampasan perang),lalu membawanya kepada saiyidatina Fatimah.

Harta rampasan perang itu memang menjadi hak Saiyidina Ali sebagaimana yang
ditetapkan oleh Islam maka saiyidina Ali telah memberikan dua gelang perak
kepada isterinya yang tercinta itu,begitu juga saiyidatina Fatimah menggantungkan
kain tirai hasil rampasan perang diu atas daun pintu rumah mereka.

Apabila Baginda saw melihat di kedua pergelangan tangan Fatimah puterinya itu
dua utas gelang perak..Baginda saw merasa kurang senang lalu keluar 
meninggalkan rumah puterinya itu.

Saiyidatinna Fatimah yang menyedari gelagat ayahnya itu menangis teresak-esak kerana yakin yang dirinya
yang telah menyakiti perasaan ayahandanya yang amat
tercinta itu..Lalu Saiyidatina Fatimah pun memanggil hasan dan husein.
Diberikannya kepada mereka gelang perak dan tirai baru yang didapati dari Saiyidina Ali,
lalu disuruh kepada kedua puteranya untuk menyampaikannya kepada
Rasulullah saw.

Fatimah Az-Zahra berpesan,"pergilah kalian ke tempat ayahku,ucapkan salam
kepadanya dan katakan kepadanya,'kami  tidak akan melakukannya lagi,
dan ini kami serahkan kepadamu."

Apabila Rasulullah saw menerima pesanan tersebut,ia pun mencium kedua cucunya,memeluk mereka,
lalu mendudukkan mereka masing-masing di atas pahanya.

Lalu gelang perak itu dibahagi-bahagikan kepada sekelompok muhajirin yang tak
punya tempat timggal dan harta.

Sedangkan tirai itu pula dibahagikan kepada rakyat Nabi saw lantaran ada diantara mereka
yang tidak berpakaian.

Kemudian Rasulullah berdoa,
"Allah mengasihi puteriku Fatimah.Sungguh Allah akan memberikan kepadanya pakaian syurga dengan 
sebab tirai ini,dan akan memberinya perhiasan syurga dengan sebab kedua gelang ini.

Begitulah hebatnya Nabi saw mendidik puterinya dan menantu baginda..agar tidak menginginkan kekayaan
dan kemewahan...dengan kuasa dan pangkat yang
di berikan oleh Allah taala..jangan disalah gunakan untuk mengumpul
kekayaan di atas penderitaan rakyat yang miskin dan 
berkaki ayam serta tidak berpakaian..

"KE ARAH NEGARA ISLAM YANG BERKEBAJIKAN"

Kalau Da Lapar,Makan Batu Pun Boleh..LIHAT..




Mari lihat arca makanan yang sangat realistik di perbuat daripada batu.Ianya
dihasilkan oleh individu disebalik RockFoodTable.com.

Mereka mencari batu yang mempunyai bentuk seperti makanan dan setelah
mendapat batu tersebut.mereka akan menukarkannya menjadi arca makanan.
Hasilnya ialah batu yang kelihatan seperti makanan sebenar.Mungkin sedap mata memandang,tetapi keras untuk dimakan!!.


ini kah rupa sebenar makhluk asing??


Rupa makhluk asing menyerupai obor-obor

Imej makhluk asing menyerupai obor-obor gergasi


LONDON-Tanggapan masyarakat terhadap makhluk asing yg biasanya dilabelkan berwarna hijau sama sekali meleset.

Pakar Satelit Britain, Maggie Aderin-Pocockberkata, rupa makhluk asing adalah
seperti obor-obor gergasi dan berwarna oren.

"Ia seperti obor-obor besar,lengkap dengan dermatologi, bentuk seperti bawang dan mempunyai
perut berwarna oren,"katanya yang merakam imej itu melalui kamera satelit.

Katanya,warna oren bertindak sebagai penyamaran, manakala bahagian berbentuk
bawang berfungsi sebagai alat apungan.

"Makhluk ini tidak akan hidup di dalam laut,tetapi di atmosfera planet seperti Musytari, di mana ia
boleh terapung,"katanya.

MENGAPA MUDAH MEMAAFKAN NAMUN SULIT MELUPAKAN

Bismillahirrahmanirrahiim..... Sesungguhnya dosa itu atas Orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan  melampaui...