Selasa, 17 Julai 2012

Ruangan Rumahku Syurgaku


Ruangan Rumahku Syurgaku
                                  


ruang untuk tamu yang hadir..klau tak hadir..tak d benarkan tu bertamu..






ruangan menonton tv..tempat nak berkhemah pun bole..kalau tamu yg ndak malu la..hahha..





ruangan yang suka melamun...bole pandang ke arah nie..dongak-dongak






ruangan meja makan..p ini hanya hiasan saja..tak pernah d gunakan pun...





laluan tuk ke toilet...jalan terus,n belok kiri..
alamak..napa ice box tu pintu tak tutup..deiii..membazir tu..

Jumaat, 13 Julai 2012

Rasa Cinta



"Cinta adalah kekuatan , yang mampu mengubah duri  jadi mawar,mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang,mengubah marah jadi ramah,mengubah musibah jadi muhibah,itulah CINTA.."

Cinta dari segi bahasanya adalah kasih sayang.Cinta dan mencintai adalah satu fitrah insaniah yang
memang lahir dari sanubari setiap yang begelar manusia.Tetapi sejauh manakah kita memahami maksud cinta
dalam erti kata yang sebenar.

Cinta itu sebenarnya indah apabila kita meletakkan cinta itu pada tempatnya.Maksudku adalah cinta
yang Allah redha.Mesti kita tidak mahu untuk membawa si dia membawanya ke neraka.
Kerana cinta itu sendiri sati istilah yang dipenuhi dengan kasih sayang.Masakan ingin membawanya kepada sesuatu yang buruk.

Tidak inginkah membawa Si dia ke syurga?Syurga yang penuh dengan nilai cinta keindahan

Mari kita bertadabur sebentar di dalam surah al-waqiah


Bila membaca ayat surah waqiah itu.indahnya surga,tidak dapat kita bayangkan di fikiran betapa hebatnya syurga,
jika benar-benar aku ingin untuk membawa si dia ke syurga,jadil jalannya mestilah dengan jalan yang Allah redha.

Caranya adalah jumpa walinya dan menikah.Kerana itulah satu-satunya jalan yg Allah redha.

Ya!InsyaAllah,aku juga sedang merancang.tetapi kita manusia ini hanya mampu merancang,hakikatnya Allah
swt lah yang menentukan.

Cinta?Kasih?bawalah dia ke syurga.

jaga hati.jaga pandangan.jagalah dari perkara yang Allah larang.

"ya tuhanku,aku mohon supaya aku cinta kepadaMu dan cintakan kepada orang yang mencintaiMu,
termasuk orang yang sayang kepada semua amalan yang boleh membawa kepada sayang kepadaMu."
(HADITH RIWAYAT TIRMIZI)

Kepadalelaki yang igin menikah ada syaratnya.kerna kita akan menanggung satu tanggungjawab yang besar,
iaitu yang pertama adalah,tingkatkan kefahaman dalam ilmu,perdekatan diri dengan Allah swt dan mencari cinta Allah
dahulu serta buat persediaan rapi untuk pernikahan.

kepada yang perempuan,bersedia juga dengan ilmu agar dapat saling membimbing bersama suami yang tercinta,
buat persediaan,dan tidak boleh lari lagi dari mencari cinta Allah swt juga yang paling utama harus digapai setiap
diantara kita.

konklusi: pernikahan adalah permulaan cinta

Ramai yang menganggap pernikahan sebagai sebuah pengakhiran kerana sudah jemu ber'couple' dan
menganggap pernikahan sebagai jalan akhir.Ternyata sekali pandngan itu silap kerana pernikahan adalah satu permulaan bagi kehidupan yang sebenar.Pernikahan itu penuh dengan rasa kecintaan dan kasih sayang.Carilah cinta yang sebenar!!...:))

Isnin, 9 Julai 2012

Baju Yang Dipakai Rasulullah Dan Puterinya Lihat..!!!.





HEBATNYA RASULULLAH SAW MENDIDIK PUTERINYA FATIMAH AZ
ZAHRA....SUPAYA TIDAK BERMEWAH...DAN LUPA DIRI....WALAUPUN
DIRINYA ANAK SEORANG NABI.....DAN PEMIMPIN YANG TERTINGGI....



Saiyyidina Ali bin Abi Thalib Karamallahu wajhahu...merupakan menantu
kesayangan nabi saw dan istrinya, Fatimah Az-Zahra pula merupakan puteri 
kesayangan Nabi saw..jika diikutkan budaya dan trend masyarakat moden hari ini 
maka kedudukan mereka sebagai anak dan menantu kepada nabi saw seorang
pemimpin...seseorang yang berkuasa..yang memegamg pemerintahan..yang
memegang kekayaan negara sudah pasti mereka berdua hidup di ddalam kemewahan
dengan harta yang berlimpah.

Namun perkara itu tidak barlaku..kepada puteri dan menantu Nabi saw...apabila ada
riwayat yang menyatakan bahawa mereka berdua hidup di dalam serba
kesederanaan..dab adakalanya berlapar perut kerana ketiadaan makanan.

Imam At-Tabari didalam kitabnya Al-Ausad ada meriwayatkan suatu hadis:


Ertinya:

Menurut cerita Imran bin Husain, pernah satu hari, Fatimah r.anha muncul di
hadapan Rasulullah dengan wajah kekuning-kuningan dan pucat akibat kelaparan.
Rasulullah lalu berkata, "mari ke mari mendekati aku..Wahai Fatimah."
kemudian Baginda saw berdoa, "ya Allah yang mengenyangkan orang yang lapar dan 
mengangkat orang yang jatuh,jangan engkau laparkan Fatimah binti
Muhammad."

Imran kemudian  menyatakan,"Darah tampak kembali di wajahnya dan hilanglah
kekuning-kuningannya...dan pucat di wajahnya"

Begitulah keadaan puteri nabi saw yang merasakan lapar kerana menjaga dirinya agar
tidak mengambil hak yang bukan miliknya...kerana sifat kenyang itu..selalunya
melupakan kita dengan Allah..lantaran nafsu yang membiak dengan makanan yang lazat dan mewah.

Di dalam satu riwayat lain yang di riwayatkan oleh Imam At-Thabrani...dengan
sanadnya datang daripada saidina Hussin daripada Fatimah r.nha

Ertinya: 
Suatu hari Rasulullah saw datang mengunjungi Fatimah,dan mencari cucu-cucunya..lalu
baginda bartanya:

Di mana cucu-cucuku?

Saiyidatina Fatimah menjawab,

"Pagi ini tidak ada sesuatu di rumah kami yang dapat di makan,sehinggakan Ali
mengatakan,'saya akan pergi dengan hassan dan hussin ke rumah seorang
yahudi."(untuk mengambil upah menceduk air..dan bayarannya satu cebok air sebiji kurma)
kerana aku takut sekirannya anak-anak kita ini menangis sedangkan tiada 
apa yang boleh kita berikan untuk mereka makan.

Rasulullah kemudian menyusul  mereka  dan melihat kedua cucunya sedang bermain 
dengan sisa kurma.Rasulullah saw bertanya,

"Wahai Ali,mengapa engkau tidak menyuruh kedua cucuku ini pulang sebelum 
mereka kepanansan?"

Saiyyidina Ali menjawap,

"Pagi ini tak ada sesuatu pun yang boleh kami makan di rumah.Bagaimana jika
engkau duduk dulu,wahai rasulullah,sehingga selesai kerjaku dan aku dapat
mengumpulkan buah tamar hasil dari upahku mengangkat air untuk diberikan
kepada Fatimah?"

Begitulah yang dilakukan Ali bin Abi Thalib,perjuangan Islam yang perkasa..menantu
kepada pemimpin yang berkuasa...Ia tidak merasa segan menimbah air untuk seorang yahudi,dimana
untuk setiap timbah ia akan mendapat sebutir kurma.
setelah terkumpul buah kurma yang mencukupi untuk dia dan keluarganya,
dia pun pulang ke rumah.

Saidina Ali r.a menantu kesayangan Nabi saw...mungkin boleh memintah daripada
nabi saw agar ayah mertuanya iaitu Nabi saw memberikannya kekayaan...dari
sumber Negara..mungkin dari harta baitul mal...atau apa sahaja peluang dan
ruang yang boleh digunakan sementelah kedudukannya yang rapat dengan nabi saw..
namun peluang itu..tidak digunakan oleh saiyyidina Ali kerana beliau seorang
sahabat dan menantu nabi saw yang beriman dan bertaqwa...tidak  mungkin baginya
membuat sesuatu yang menjadi kemurkaan Allah dengan mengambil harta yang
bukan haknya.

Imam Al-Ghazali pula ada meriwayatkan tentang suatu kisah di mana
suatu hari Rasulullah pergi bermusafir.Di saat itu pula..Saiyidina Ali r.a baru mendapat  ghanimah
(harta rampasan perang),lalu membawanya kepada saiyidatina Fatimah.

Harta rampasan perang itu memang menjadi hak Saiyidina Ali sebagaimana yang
ditetapkan oleh Islam maka saiyidina Ali telah memberikan dua gelang perak
kepada isterinya yang tercinta itu,begitu juga saiyidatina Fatimah menggantungkan
kain tirai hasil rampasan perang diu atas daun pintu rumah mereka.

Apabila Baginda saw melihat di kedua pergelangan tangan Fatimah puterinya itu
dua utas gelang perak..Baginda saw merasa kurang senang lalu keluar 
meninggalkan rumah puterinya itu.

Saiyidatinna Fatimah yang menyedari gelagat ayahnya itu menangis teresak-esak kerana yakin yang dirinya
yang telah menyakiti perasaan ayahandanya yang amat
tercinta itu..Lalu Saiyidatina Fatimah pun memanggil hasan dan husein.
Diberikannya kepada mereka gelang perak dan tirai baru yang didapati dari Saiyidina Ali,
lalu disuruh kepada kedua puteranya untuk menyampaikannya kepada
Rasulullah saw.

Fatimah Az-Zahra berpesan,"pergilah kalian ke tempat ayahku,ucapkan salam
kepadanya dan katakan kepadanya,'kami  tidak akan melakukannya lagi,
dan ini kami serahkan kepadamu."

Apabila Rasulullah saw menerima pesanan tersebut,ia pun mencium kedua cucunya,memeluk mereka,
lalu mendudukkan mereka masing-masing di atas pahanya.

Lalu gelang perak itu dibahagi-bahagikan kepada sekelompok muhajirin yang tak
punya tempat timggal dan harta.

Sedangkan tirai itu pula dibahagikan kepada rakyat Nabi saw lantaran ada diantara mereka
yang tidak berpakaian.

Kemudian Rasulullah berdoa,
"Allah mengasihi puteriku Fatimah.Sungguh Allah akan memberikan kepadanya pakaian syurga dengan 
sebab tirai ini,dan akan memberinya perhiasan syurga dengan sebab kedua gelang ini.

Begitulah hebatnya Nabi saw mendidik puterinya dan menantu baginda..agar tidak menginginkan kekayaan
dan kemewahan...dengan kuasa dan pangkat yang
di berikan oleh Allah taala..jangan disalah gunakan untuk mengumpul
kekayaan di atas penderitaan rakyat yang miskin dan 
berkaki ayam serta tidak berpakaian..

"KE ARAH NEGARA ISLAM YANG BERKEBAJIKAN"

Kalau Da Lapar,Makan Batu Pun Boleh..LIHAT..




Mari lihat arca makanan yang sangat realistik di perbuat daripada batu.Ianya
dihasilkan oleh individu disebalik RockFoodTable.com.

Mereka mencari batu yang mempunyai bentuk seperti makanan dan setelah
mendapat batu tersebut.mereka akan menukarkannya menjadi arca makanan.
Hasilnya ialah batu yang kelihatan seperti makanan sebenar.Mungkin sedap mata memandang,tetapi keras untuk dimakan!!.


ini kah rupa sebenar makhluk asing??


Rupa makhluk asing menyerupai obor-obor

Imej makhluk asing menyerupai obor-obor gergasi


LONDON-Tanggapan masyarakat terhadap makhluk asing yg biasanya dilabelkan berwarna hijau sama sekali meleset.

Pakar Satelit Britain, Maggie Aderin-Pocockberkata, rupa makhluk asing adalah
seperti obor-obor gergasi dan berwarna oren.

"Ia seperti obor-obor besar,lengkap dengan dermatologi, bentuk seperti bawang dan mempunyai
perut berwarna oren,"katanya yang merakam imej itu melalui kamera satelit.

Katanya,warna oren bertindak sebagai penyamaran, manakala bahagian berbentuk
bawang berfungsi sebagai alat apungan.

"Makhluk ini tidak akan hidup di dalam laut,tetapi di atmosfera planet seperti Musytari, di mana ia
boleh terapung,"katanya.

Sabtu, 2 Jun 2012

Subahanallah! Mayat masih terpelihara selepas 19 tahun






Palestin-Zionis Israel pada khamis, 31 Mei lalu menyerahkan 91 cebisan mayat syuadah' Palestin
kepada keluarga masing-masing.Semua mayat tersebut adalah mereka yang
melalkukan seragan bom berani mati di kawasan-kawasan tumpuan bagi membunuh penduduk Israel
beberapa tahun lalu.

Islammemo.cc melaporkan.dari kalangan mayat tersebut,seorang daripada, As-Syahid Syahis Ahmad Muhammad 
yang terkorban 19 tahun lalu masih terpelihara dari sedikit pun tidak
terdapat kesan reput atau rosak pada mayat seolah-olah baru meninggal dunia
beberapa minit lalu.

Syahid meninggal dunia pada 24 April 1993 ketika melakukan serangan berani mati
dan menemui syahid alam operasi tersebut.Mengulas keadaan mayat Syahid,seorang ulamak tempatan
yang juga pengerusi Majlis Tertinggi Hakim Syar'ie, Yusuf Ad'is berkata.
"Demikian adalah petanda kemuliaan dari Allah ke atas mereka yang syahid 
bahawa jasad mereka tidak akan hancur ia juga tanda amalan soleh yang 
dilakukan olehnya diterima di sisi Allah"

Menurut SAFA, 79 dari cebesan mayat syuhadak Palestin di bawa ke Ramallah untuk tujuan
upacara sambutan pada jam sekitar 3 petang,kemudian akan dihantar ke wilayah-wilayah
asal mayat syuhada'. manakala,12 dari cebisan' akan di bawa pulang ke semenanjung Gaza.

Kita yakin kemuliaannya juga diberikan kepada sekalianSyuahadah'di  Syria.Kalian juga wajar menyemai cita-cita 
un tuk syahid kerana kurniaan Allah amat luas buat para syuhada'Nya Syahid cita tertinggi kami!"



JIka bini anda lawa


Bini lawa la katakan..





Orang lelaki ni bila berbini cantik.lawa ada juga yang berperangai pelik sikit.Lagi2  bila baru lepas kawen.
Boleh juga diketegorikan sejenis sindrom.

-Pantang bini kata nak g shopping,laju jew laki offerkan diri untuk temankan..tapi cuba bini tu 
da tua ajaktemankan..hmmmmmm

-Kejap2 call bini kat umah,kejap2 call bini kat umah...teruk sungguh.
-Carikan bini orang gaji,takdelah bini tu keluar umah.Dah semua keje maid buatkan....

-kalau anagk yang lahir tu comel/cantik...orang cakap ikut bini.tapi kalo anak tu
x cantik..orang kata..mmmm...ikut bapak dia.

-Pantang ada lelaki lain tngok bini,kalo x kena sound..kene penumbuk lerr...
-Mak sendiri kat kampung pun dia lupakan nak call/jenguk..alahaii...

-Orang lain pun kutuk2..cannelah bini dia boleh pilih wat laki..
x padan langsung hhhhmmmm...tapi nak wat cam nee...
itulah jodoh namanya..tuhan tu maha adill.
x delah yang cantik je kawen..tul tak...

Khamis, 31 Mei 2012

Hajarul Aswad yang penuh misteri







Neil Amstrong telah membuktikan bahawa kota mekah adalah pusat dari planet bumi.
Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.

Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan 
mengambil gambar planet Bumi.dia berkata : Planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi,
secara rasmi mereka mengumumkannya di internet,tetapi sayangnya 21 hari kemudian laman web tersebut
ghaib yang sepertinya ada asalan tersembunyi dibalik penghapusan laman web tersebut.

Setelah melakukan penelitian lebih lanjut,ternyata radiasi tersebut berpusat di kota mekah.tepatnya
berasal dari ka'bah.Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir), hal ini
terbukti ketika mereka mengambil foto planet mars,radiasi tersebut masih berlanjutan terus.
Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini milikikarakteristik dan menghubungkan
antara ka'bah di planet bumi dengan ka'bah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan,ada sesuatu ruang yang bernama 'zero
Magnetism Area', bererti apabila kita mengeluarkan kompas di ruang tersebut,maka jarum kompas 
tersebut tidak  akan bergerak sama sekali kerana daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub

Penelitian lainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga bole
terapung di air.Di sebuah muzium di negara Inggris,ada tiga buah potongan batu tersebut
(dari ka'bah) dan pihak muzium juga mengatakan bahwa bongkahan batu-batu tersebut
bukan berasal dari sistem suria kita.

Dalam salah satu sabdanya,Rasulullah SAW "Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga,
warnanya lebih putih daripada susu,dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikanya
hitam".
(jami al-Tirmidzi al-Hajj (877) )

Demi Sebuah Kesetian Sanggup Menunggu Di kuburnya


Kesetiaan ,sanggup menunggu di kubur


Ungkapan bahawa Anjing adalah teman terbaik manusia memang tidak salah lagi.
Ini buktinya seekor angjing China yang menunjukkan kesetiaan dengan menolak
untuk meninggalkan kubur majikannya,bahkan sampai tujuh hari tanpa makan.

Lao Pan,sang pemilik angjing ini meninggal dunia pada usianya yang ke-68
awal bulan November ini,dan tinggal sendiri di sebuah rumah kecil di pesta panjiatun



Merasa kesihan melihat anjing tersebut tidak makan selama tujuh hari,penduduk kampung mula membawa 
makanan dan air untuk anjing itu,dan bahkan merancang untuk membina sebuah kandang kecil bagi sang anjing untuk berlindung di malam hari.

Seorang penduduk kampung menceritakan bagaimana ia memutuskan untuk menggunakan anjing itu
dengan membawanya pulang,namun ia kembali semula ke kubur majikannya.



Binatang pun tahu erti sebuah kesetiaan...tapi malangnya ada segelincir manusia yang tidak tahu menghargai sebuah kesetiaan....

Jangan Minum Air Putih Sambil Berdiri



Kita sering mendengar sarapan agar meminum air putih banyak demi kesihatan.Namun jika cara kita
salah saat minum air putih itu,maka merugikan kesihatan.

Suatu kajian kesihatan akupuntur yang diadakan salah satu ahli akupuntur,membuktikan bahwa air
minum yang masuk dengan cara minum sambil duduk lebih baik dibandingkan kita minum dengan ara berdiri.
Air putih yang kita minum ketika duduk akan disaring oleh sfringer.Sfringer adalah suatu struktur
maskuler (berotot) yang boleh membuka dan menutup setiap air yang kita minum akan disalurkan
pada pos-pos penyaring yang berada di ginjal.

Sebaliknya,jika kita minum air putih dengan cara berdiri,maka air yang kita minum itu masuk tanpa disaring lagi.
Air itu boleh terus masuk menuju kandung kemih.Ketika langsung menuju kandung kemih.
Maka terjadi pengendapan di saluran ureter.

Kerana banyak limbah-limbah yang tersisa di ureter maka hal ini oleh menyebabkan penyakit kristal ginjal
Salah satu penyakit ginjal yang berbahaya.Susah kencing tiu penyebabnya.

Cara mengatasinya:

1).Biasakan minum duduk
2).Banyak minum air putih tapi minum dengan perlahan dann jangan terburu-buru

Rabu, 30 Mei 2012

Sifat-Sifat

Tip 10 Secret Si Dia,Tidak Perlu Tahu

 8 Sifat lelaki penyayang

 Lelaki nampak comel apabila...

tips 10 secret si dia tidak perlu tahu

  


  Si dia Tidak Disukai Keluarga korang.
Korang semestinya menyemarakkan api yang sedang menyala! sebaiknya,korang diamka sahaja perkara itu daripada di ketahui si dia.Sementara menuggu masalah reda,korang bolelah memujuk keluarga untuk menerimanya dengan membritahu perkara baik tentang si dia.InsyAllah,keluarga korang akan lebih memahami....)))


     Simpan Rahsia Kelemahannu
HEHE....Yang nie agak melawakkan lah...Kalau korang ni,jenis lelaki yang takutkan labah-labah atau pun cicak mahu pun lipas.Simpan rahsia itu sebaiknya.Begitu juga dengan perempuan!Jika korang ni seorang yang kuat bedengkur ketika tidur ke,tidak perlulah di beritahu pada si dia.Biarkan pasangan korang tu tahu rahsia korang secara netrul sepanjang berhubungan dengan korang jer....Takut-takut dalam diam-diam si dia lari bila dengar rahsia korang tu..hehhe >))).

     Bandingkan dirinya dengan kekasih yang terdahulu
Opps!Tiada org yang suka dirinya di banding-bandingkan denghan org lain,terutamanya hal yang buruk-buruk.Jika korang pernah berbuat sedemikian...haa.korang sebernanya telah menempah satu hubungan yang agak singkat.So,kitaorang dilarang untuk berbuat demikian ye..Ingat tau pesanan nie..


   Jangan jadi 'anak emak'
Eh..eh..Manja nya..!..hahah..Berapa kali dalam sehari korang mengbungi mama korang>? Jika jawapannya kerap kal.sebaliknya korang kurangkanlah sedikit.Tidak salah pun untuk bermanja tetapi perlu lah setiap hal yang korang lakukan harus di laporkan kepada mama korang tuh..Alahaii..memang lah nampak agak baik+sweet kan bila contact mama.Tapi takla rasa ke girl/boy korang tu suka dengan perangai korang tu..?


    Hobi Yang Pelik
Ada juga dalam kalangan korang yang suka mengumpul barangan 'transfomer' atau jam-jam antic mahupun,si pengumpul telur-telur cicak?!Ada ker Mestilah ada ...Tetapi,korang perlu sedar.adkah si dia tu,dapat menerimah hobi pelik korang tu.Jangan plak korang jadi insan yang baik dengan memberitahu si dia tentang hal pelik-pelik tu..Peluang untuk si dia tinggalkan snagt dan teramat lah tinggi!jaga-jaga..:)


     Saya tidak suka awak berkawan dengannya...."
Jangan sesekali merendah-rendah atau memperlekehkan teman-temannya.Sebaik-baiknya korang beritahu perkara yang baik-baik saja tentangmereka biarpun ada di antaranya kornag sukar untuk disenangi.Perlu diingat jika korang baru saja dengan si dia,jangan senang-senag jak kamu memperkatakan keburukan temannya.Padahal,si dia sudah mengenali temannya lama daripada diri korang tu sendiri.So...jangn lah korang terlalu sangat mengongkong diri si dia pasal hal2 kawan ni...


    Perkara Yang Memalukan Sebelum Ini
Sekarang nie,korang ada terfikir inilah masanya yang sesuai untuk korang memperlihatkan kejujuran korang tuh di mata si dia dengan memberitahu bahawa korang pernah menduakannya sebelum nie..
Wlaupun si dia bagitahu korang yang si dia tidak ada rasa apa-apa,Sebenarnya si dia tebal dengan sifat dendam dan akan terus mengingati perkara itu sampai bila-bila.Oleh itu, berhati-hati pabila mahu melespakan beban yang korang tanggungsekarang ni.Alar..Tak pyah lah susah-susah nak jadi budakk yang jujur.Ini akan mendatangkan maslah dalam prhubungan korang tu..!


   Tertarik Dengan Teman Baiknya Yang Sangat Seksi..
Hah?Seksi ke,seksa?HAHA..Kalau korang pikir teman baiknya kelihatan SEKSI kan,jangan beritahu keadaan sebenar walaupun dengan nada yang bergurau!Ingat taw...Tak mungkin si dia merasakan itu satu gurauan,malah si dia akan merasa marah dan terluka.Dan dalam jangka masa yang panjang keprcayaan nya terhadap korang akan hilang dan akan menjadi semakin pudar ^_^ jadi,janagn lah berani korang ambil risiko sebegini ya..!..:]


ngee da abis baca ker..?
sila komen n like like like.. :)))
....................................................................................................................

SIFAT BEDASARKAN 4 UNSUR


(1).TANAH = anak pertama,anak kelima,anak ke sembilan

(2).AIR       = anak kedua,anak keenam,anak kesepuluh

(3).API       = anak ketiga,anak ketujuh,anak kesebelas

(4).ANGIN = anak keempat,anak kelapan,anak keduabelas



TANAH

  • Sifat tanah di kaitkan sebagai jenis Deria.Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan.Orang menhargai kebendaan,keras hati,sabar,disiplin diri,berhati-hati,bole dicapai oleh deria.

  • (JENIS PPANCAINDERA:SYAHWAT,KERING) 

  • sedar mengenai hakikat diri,meniall material,sabar,tabah hati,disiplin diri berhati-hati,bole diharap,tidak tegas.efisyen,percaya hanya pada apa yang boleh dicapai oleh pancaindera,muram atau sugul,di beratkan oleh keperluan.Kepala angin,,bimbang,tegas,tenang,boleh putus harapan,pendiam,tidak peramah,senyap.Badan kurus,kurangnya tidur,tidak sabar jima',selalu sihat,banyak kerja.

AIR

  • Sifat air dikaitkan jenis perasa.Ia golongan sbagai sifat kewanitaan.Lemah lembut,dalam perasaanya,mengasihani,memaksa,penakut,kepala angin,imaginatif,lemah terhadap siksaan atau teguran,berahsia,memahami.tidak tamak,artistik.

  • (JENIS PERASA:FIKIRAN,BASAH)

  • lemah lembut,perasaannya dalam,belas kasihan,penakut,ada angin,imaginatif,mudah terluka hatinya,berahsia,mudah memahami perasaan orang lain,tidak tamak,ada bakat seni,positif,berhati-hati,berfikiran panjang,aman hatinya,terkawal,bole dipercayai,penyabar,tenteram,Tubuhnya tambun.banyak lemak.banyak tidur,sedikit malas,lambat danagak kurang faham.

API
  • Sifat api di kaitkan sebagai jenis Intuisi (kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan kalbu).Ia digolongkan sebagai sifat kelakian.Pentingkan diri,megah,bersemangat tinggi,kompetitif,perlukan ruang,kebudakan atau kurang matang,keras hati,kecenderungan ke arah tidak peka terhadap sesuatu,sentiasa sedia untuk,menempuh sesuatu yang baru dab berisiko,mampu melihat kemungkinan masa depan .

  • (JENIS INTUITIF:CINTA,PANAS)

  • pentingkan diri,megah,semangat tnggi,kompetatif,perlukan ruang,keanakan atau lurus,menaruh harapan,cenderung untuk tidak sensetif,sentiasa sedia untuk sesuatu yang baru dab berisiko,mampu melihat kemungkinan baru,yang mana orang lain tidak terfikir,Perasa gelisah,agresif.mudah teransang.mudah berusaha,pemaksa,optimis,aktif.Kerjangan segera,jalannya cepat.terang hati,panas tubuhnya,kurang tidur.

ANGIN
  • Sifat angin dikaitkan dengan jenis Pemikiran.Ia digolongkan sebagai sifat kelakian (masculine).Lelaki ini berpegang kepada teori,tidak mudah terpengaruh oleh pendapat lain,objektif,rasional,menghadapi kesukaran untuk melibatkan emosi,menghargai kebolehan intelektual,mahukan kebebasan,mempunyai mentaliti ambil mudah,sukakan fakta dan figura.

  • (JENIS PEMIKIRl:JIWA,SEJUK)

  • Orang teori,sukar dipengaruhi,objektif,rasional,sukar terlibat dalam hal emosi,menilai tnggi kebolehan intelektual,keperluan untuk bebas,mentaliti ambil mudah,suka pada fakta dan figura.Mudah bergaul,boros banyak cakap ,responsif,mudah berbincang,bersemngat,sikap tidak kesah ,pemimpin,Tubuh nipis,kurang daging.banyak darah,kreatif,sederhana.


**kenyataan di atas hanyalah kajian teori ahli falsafah



So,korang jenis yang macam mana?kalau aq jenis API..ada persamaa sikit-sikit la..ngeee :),.So korang kongsi2 lah korang punya dengan komen kat bawah nie yah...nak tahu jugak...boleh kan..^_^

10 Masjid Terbesar di Dunia

Sebenarnya besar bukan menjadi ukuran ideal untuk sebuah masjid,karena ukuran yang lebih ideal adalah seberapa bermanfaat Rumah ALLAH tersebut bagi kemaslahatan umat baik dari sisi ibadah maupun dari sisi muamalah.Namun keindahan dan kemegahan masjid biasa menjadi salah satu faktor pendukung dalam syiar agama,namun bukan segalanya.

berikut ini ruanghati menyajikan posting yang bersumber dari wikipedia yaitu 10 Masjid terbesar di dunia,yang mengacu kombinasi pada kapasiti jemaah beribadah dan luasnya are keseluruhan masjid (bukan hanya bagunannya) mari kita semak satu persatu dari urutan ke 10.



                          10.(Masjid Baitul Mukarram,Dhaka,Bangladesh)


Masjid ini berada tepat di jantung ibukota Bangladesh Dhaka,masjid yang selalu penuh sesak terutama saat shalat utama dan di bulan suci ramadhan,masjid ini dibagunkan sekitar tahun 1960-an dengan kapasiti semula 30 ribu umat,namundalam perkembangan,ditambah menjadi 40 ribuan umat.



9.(Masjid Jama/Jami"Delhi India)

Masjid yang berada di kota lama India ini termasuk sebuah masjid yang berumur tua,Masjid yang pembangunannya di  prakarsi oleh pembuat Taj Mahal Kaisar Mughal Shah Jahan dibagun pada tahun 1656 masihi.Puluhan ribu jemaah setiap shalat juma'at selalu memenuhi seluruh ruangan dalam bahkan keluar masjid.



8.(Masjid Sheikh Zayed Abu Dhabi UEA)

Nama masjid diambil dari nama Presiden pertama Uni Emirat Arab Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahya dan mula digunakan oleh umat  tahun 2007.Makan Sheikh Zayed pun terdapat masih dalam ares Masjid terbesar di UEA tersebut.


7.(Masjid Badhshahi Lahore Pakistan)

Juga dikenal dengan nama lain Masjid Sultan,Masjid ini pernah menjadi Masjid terbesar d Asia Selatan dan memiliki kapasiti hingga 100 ribu lebih umat berada tepat di tengah Kota Lahore Pakistan.


6.(Masjid Faisal,Islamabad  Pakistan)

Masjid Faisal ini saat ini merupakan masjid terbesar di Asia selatan dan sebelum Masjidil Haram di Mekah di renovasi Masjid ini pernah menyandang pedikat menjadi Masjid Terbesar di dunia periode 1986-1993.Masjid yang menjadi masjid nasional Paskitan ini memiliki kapasiti 300 ribu jemaah.



5.(Masjid Hasan II Maroko)

Masjid yang berada di Casablanca ini dirancang oleh arkitek dari perancis Micheal Pinseau dengan memiliki menara masjid tertinggi di dunai lebih dari 200 meter,mengadap langsung ke sumadera Atlantik.


4.(Masjid Istiqbal Jakarta Indonesia)

Masjid yang dibagunkan di era orde lama saat pemerintahan Presiden soekarnao ini hingga kini masih menyamdang sebagai Masjdi Terbesar di asia tenggara,Walau banyak masjid-masjid baru kemunculan dan megah,namun secara keseluruhan belum bisa menandingi kebesaran Masjid Istiqbal ini.Istiqba yang bermaksud  kemerdekaan merupakan anugerah atas kemerdekaan yang diraih indonesia melepaskan ddiri dari belengu penjajah.


3.(Masjid Imanm Reza Shiren di Masyhad Iran)

Imam Reza Shrine di Masyhad,Iran adalah sebuah kompleks yang berisi makam Imam Ridha,Imam kelapan Syi'ah Imamiyah dan dikenl sebagai masjid terbesar ketiga di dunia,Juga terdapat  dlam kompleks Masjid meliputi:Masjid Goharshad,museum,perpustakaan,empat seminar,kuburan.universiti Islam Razavi ilmu,sebuah ruang makan untuk penziarah.dann bagunan lainnya.



2.(Masjid Al-Nabawi Madinah)

Siap umat Islam di dunia tidak kenal Masjid ini.karena Masjid Nabawi merupakan salah satu masjid utama bagi muslim selain Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Aqsa di yerusalem.Merupakan tempat peristirahatan terakhir dari Nabi Muhammad S.A.W.setiap umat Islam yang menjalankan rituaal ibadah haji juga dipastikan akan mengunjungi masjid terbesar ke-2 di Arabia bahkan di dunia ini.



1.(Masjidil Haram di Mekah)


Masjidil Haram di Mekah ini merukan masjid terbesar di seluruh dunia dimana ditengahnya terapat bagunan ka'bah yang menjadi pusat arah (kiblat) shalat seluruh umat islam di dunia.memiliki luas 4.008.020 meter persegi (990,40 hektar) dan mampu menampung lebih dari 4juta jamaah baik di dalam ruangan maupun diluar.Masjid yang tidak pernah sepi dan setiap saat selama 24 jam selalu ada umat yang beribadah,baik shalat maupun melakukan tawaf (berjalan mengitari ka'bah)..Masjidil Haram paling ramai dikunjungi umat islam dari seluruh dunia kala punjak ritual ibadah haji setiap tahunnya.



Isnin, 28 Mei 2012

← I Love U ~ Saya Cintakan Awak!


KAWAN DAN CINTA



Di suatu hari yang indah,  CINTA dan KAWAN bersiar-siar di sebuah kampung.
Tiba-tiba CINTA terjatuh di dalam telaga.

Kenapa? Kerana CINTA itu buta.

Lalu KAWAN pun ikut terjun  kedalam telaga.

Kenapa? Kerana....KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA!

Di dalam telaga CINTA hilang.

Kenapa? kerana...CINTA itu halus,mudah hilang kalau tidak dijaga,sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap.sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA dan terus menunggu.

Kenapa? kerana....KAWAN itu sejati dan akan kekal sebagai KAWAN yang setia.Jadi.hargailah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI....:)


8 sifat LELAKI yang penyayang

assalamualaikum w.w.k

kali nie saya nak share mengenai sifat2 lelaki yg penyayang..jadi kepada wanita2 yg ingin mencari lelaki yg penyangyang,bole la rujuk2 sikit tentang artikel nie..lalala :))) 
bak kata pepatah berpikir dulu sebelum buat,tak jadi msalah kalau nak pikir sampai 2,3 tahun,lebih baik lagi kalau smpai 10,20 tahun..hahaha..da lebih deh..ngeee...:p



 ok kita teruskan dengan sifat2 yg ada pada lelaki yang penyayang..



1).Suka Haiwan

    Lelaki yang penyayang adalah lelaki yg sukakan haiwan atau binatang,tak kisah la kucing ker,arnab ker,ayam lembu atau apa saja,janji jangan alien,tu da lain da..hahaha..ok truskan balik kpada landasan artikal..pendek kata korang tengok reaksi dorang bila ada haiwan nih sebagai contoh di kedai makan,ada kucing datang mengiauwww kat kaki laki tu,ada yg sepak terajang dan halau kucing tu,ada pulak yg bercakap dengan kucing tu "kenapa?..lapar ye..nah amik ni"..sambil beri tulang atau isi makanan.haa ble tau ke mana yg penyayang ?lagi satu contoh mudah,laki yang ada bela haiwan peliharaan lagi lah mnyeralah sifat kasih sayangnya...

2).Suka Kanak-Kanak
    
    Lelaki yang suka akan kanak-kanak berpotensi menjadi bapa yang baik.Ini kata Dr.Fadilah Kamsah.Sifat kasih sayang dan layanan baik terhadap kanak-kanak sudah cukup mencerminkan dirinya ketegori lelaki yg bagaimana.Ada lelaki yag tidak suka berhampiran kanak-kanak,rimas la katakanya.Tapi kalau lelaki yg buat-buatsayang kat adik korang,tu MK tak pasti,nak tekel kakak mesti tekel adiknya dulu kan..hehe.kadang mc tu la...

3).Berat Akan Orang Tua

    Lelaki yang penyayang adalah lelai yag berat akan org tuanya.Seperti dia melihat ibunya terkokong-kanting mengankat kain di jemuran,perasaan tak sampai hati yg wujud mendorong membantu.Mereka juga akan sedaya upaya meringankan beban org tuanya tanpa mengharap balasan..

4).Berat Akan Adik-Adik 

    Ha korang cuba tengok hubungan dia dngan adiknya..ingat,ADIK..bukan adik beradik.....bukan kakak atau abangnya.Mengapa kita cakap macam tue ?kerana layanan abang terhdap adik adalah berbeza kerana hubungan nya dengan adik rapat dan adik -adiknya menyukainya?Perhatikan samada mereka bergurau senda atau tidak atau hanya membuat bodo je bila si adik ingin brmain dengannya..jika ya,maka dia merupakan lelaki penyayang.Ini berbeza dengan lelaki yang tak suka bermain-main atau melayan karenah adik kecilnya menunjukkan sifat penyang dalam dirinya kurang.

5).Prihatin terhadap kawan-kawan 

    Lelaki yang penyayang juga selalu bersikap prihatin atas kesusahan rakan-rakannya.jika ada yang meminta tolong,dia tak ragu-ragu mmbantu sedaya boleh.Bagainya kawan juga perlu ada dala hidup dan perlulah ada sikap bantu membantu dan tidak pentingkan diri.Tetapi biarla berpada,bukannya setiap kali dia sahaja menolong atau tak pernahh langsung menolong.Perlu ada sifat timbang rasa.

6).Pandai Menjaga Hati Pasangan 

   Lelaki yang penyayang memang pandai mengambil hati pasangannya.Tengoklah bila pasangannya sedang berduka,pandai sahaja dia membuat humor untuk menghiburkan hati pasangannya.Kadang-kadang dia suka membuatkejutan bertujuan menggembirakan pasangannya.Jika pasangannya sedih,dia juga tidak senang hati.

7).Susah Marah

    Lelaki yang penyayang sudah tentunya lelaki yang tidak panas baran dan cepat melenting.Kerana hal kecik pon nak melenting seperti terlewat berjumpa,atau tercalarkan keretanya.Lelaki yang cepat melenting macam ni kornag ati-ati la..

8). Sentiasa Murah Dengan Senyuman

     Haa korang tengok lelaki tu sejuk je..sentiasa senyum je selalu..memang tak lokek langsung !ini menandakan dia seorang penyayang.tapi jangan la nak senyum spanjang masa yg time orang takda pun senyum juga..tu lain da tu..da trkluar dari senarai..ngeee..Senyuman yang di ukir bertujuan mewujudkan elemen kemesraan kepada sesiapa yang memandangnya.Sebolehnya dia nak menegur semua orang dan berhubungan baik dengan semua orang.Tidak mahu mewujudkan unsur kebencian.Ada lelaki yang masam je mukanya (kalau dah azali memang tak le buat apa)senyum taknak.ditegur buat tak tau jer..



ini sajala sebagian sifat laki lelaki yg penyayang..

lelaki nampak comel apabila...


                      ASALAMUALAIKUM


perempuann untuk kelihatan comel memang mudah da senang dilihat di mana jua kita berada.
tetapi lelaki untuk kelihatan comel erk..?!=.=.
mudahkah mata penglihatan kita untuk melihat insan gagah seperti mereka untuk kelihatan cute?
jawapannya sudah tentu TIDAK sama sekali.

Tetapi ada masa dan ketika mereka bole kelihatan comel,walaupun mereka di bekal kan muka besi tak hengat dan badan ketaq2 macam john cena..ngeeee..
cuma jarang2 kita menjumpai rupa cute mereka.
kalau cute sangat kan,nanti di kata takda teloq yer.hik :))

so kalau terjumpa mereka membuat muka cute harusla buat sujud syukur 7hari 8malam..:))

bagi aq lelaki kelihatan sangat comel apabila..

RENGEKAN MINTA PENAMPAR
mereka akan merengeh2 bila mereka spend time bersama dengan org tersayang,rengekan mereka memang mengalakan perempuan merengek,macam ringan jak nak bagi penampar power full.kekadang berbulu juga mendengar rintihan,rengekan nak bermanje2 dari Gilrfriend die..

PELUK TEDDY BEAR
lelaki dan teddy bear ada dua perkara yg kita jarang lihat bersama.jadi aq tak pena lagi melihat mana2 pisbuk tuh sorang laki memeluk teddy bear.lebih2 lagi kalau lelaki gagah perkasa seperti randy orton peluk teddy bear.sila bayangkan cepat.tak ke kau rasa nak terkam mereka yang cute  nie..:))).


SUARA MANJER
lelaki sangat terkenal dengan suara die yang,bajet macho,garau nak seabis mungkin,Cuma kalau dia bersama girlpren dia selalu buat suara manje die tue macam belatuk tercekik,takpa mereka tetap taknak kecewakan hati kaca kite.dan comel sungguh apabila mereka  brusaha untuk bersuara manja.

CEMBURU
lelaki jarang show off sifat cemburu dia depan girlpren.kalau bole nak sorok bawak ketiak dia.Takut la tue jatuh sifat maskulin depan girlpren.Tapi kekadang sifat cemburu die tak bole di bendung,lebih2 lagi bila die cemburu dengan perkara remeh seperti girlpren die jeling2 dengan jiran sebelah  rumah die.nak jiran sebelah rupa macam ustaz doh...haisshh..rasa terawang2 pulak.sangat comel kot,lelaki majuk cemburu di sebab kan hal sebesar sperma tue.Tapi kalau perempuan cemburu,jangan gali kubur sendiri derr,pas ti lu org tak mo dia jadi mat lampir.


 TIDUR NYENYAK
lelaki adakalanya bole tidur dalam keadaan yg mengghairahkan comel..Tidur dalam keadaan comel di sini  bukan membawa maksud tidur ternganga,bantal penuh peta,dan tak lupa juga berdengkur gegar satu rumah..itu bukan comel okeyyy.tidu comel di sini bermaksud apabila aku terasa sayu jek melihat dia tidur,ade perasaan sayang  teramat sangat melihat dia keadaan begitu..alahai comelnya c keledek nih tidu..haha :v

BELI PAMPERS WANITA
lelaki kalau bole nak jaga telo mereka agar taknak dicop sebagai lelaki lembut atau lelaki dayus .Al maklum lahh bila disuru girlpren dia beli pampers wanita 1011 alasan cube mereka elak untuk membeli barang tersebut.Tetapi ada juga yg berani  pertahankan telo mereka  walaupun akibatnya mereka bakal d bahan sebulan dengan pekerja2 wanita supermarket tuh.memang sangat comey apabila mereka memilih2 pampers apa yang sesuai untuk orang yg tersayang then garu kepala sebab banyak sangat jenama pampers .Lepas tuh dengan  penuh toye dia redhai juga masa di kaunter pembayaran demi permintahan yg tersayang.sangat cute.

Itula perkara tentang lelaki yang aku rasa mereka tu agak comel.
lain orag lain pandangan..

thanks for dropping by!
bye!

...................................................^_^..................................................

Ahad, 27 Mei 2012

Kucing Tergemuk Mati !


Kucing Tergemuk Mati !



assalamualaikum..


  sebenarnya cerita nie da lama,saja nak share kat korang  kucing gemuk mati..nak tahu selanjutnya cerita nie..ikuti cerita kat bawah nie..


 seekor kucing yang menjadi tumpuan umum kerana memiliki berat badan mencecah 18 kilogram (kg) mati akibat komplikasi kesihatan kerana terlalu gemuk,kata pihak pengurusan sebuah rumah perlindungan haiwan.

kucing jantan yg bernama MEOW,berusia antara dua hinggah lima tahun di hantar untuk tinggal di rumah haiwan dan persatuan kemanusian santa fe pada bulan lalu selepas pemiliknya yg berusia 87 tahun tidak lagi berupaya menjaga haiwan tersebut.
MEOW kemudian menjalani terapi diet dengan perkembangan kucing itu disiarkan di laman facebook.Pengarah rumah perlindungan berkenaan,Mary Martin memberitahu kemarin  bahawa berat MEOW turun 0.9 kilogram dan kucing tersebut dalam keadaan baik,tetapi pada hari rabu lalu ia mula mengalami masalah pernafasan
kucing itu juga menjalani beberapa ujian termasuk ujian jantung dan x-ray serta di berikan bantuan oksigen bernafas.Namun,akhirnya MEOW mati pada sabtu lalu 
"kami semua terkejut dan sedih dengan kematian MEOW,."kata martin,kucing itu mungkin diberi makanan berkalori tinggi dan tidak aktif.kucing dewasa biasanya memiliki berat antara 3 hingga 5 kilogram-kosmo.

"sedih plak bila tahu kucing nie da takda"

 seronoknya kalau punya kucing macam nie..adalah juga teman untuk on9 atau d jadikan bantal peluk..ngeeee :)))

makkkk nak kucing gemuk macam tu..:)

MENGAPA MUDAH MEMAAFKAN NAMUN SULIT MELUPAKAN

Bismillahirrahmanirrahiim..... Sesungguhnya dosa itu atas Orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan  melampaui...