Jumaat, 13 Julai 2012

Rasa Cinta



"Cinta adalah kekuatan , yang mampu mengubah duri  jadi mawar,mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang,mengubah marah jadi ramah,mengubah musibah jadi muhibah,itulah CINTA.."

Cinta dari segi bahasanya adalah kasih sayang.Cinta dan mencintai adalah satu fitrah insaniah yang
memang lahir dari sanubari setiap yang begelar manusia.Tetapi sejauh manakah kita memahami maksud cinta
dalam erti kata yang sebenar.

Cinta itu sebenarnya indah apabila kita meletakkan cinta itu pada tempatnya.Maksudku adalah cinta
yang Allah redha.Mesti kita tidak mahu untuk membawa si dia membawanya ke neraka.
Kerana cinta itu sendiri sati istilah yang dipenuhi dengan kasih sayang.Masakan ingin membawanya kepada sesuatu yang buruk.

Tidak inginkah membawa Si dia ke syurga?Syurga yang penuh dengan nilai cinta keindahan

Mari kita bertadabur sebentar di dalam surah al-waqiah


Bila membaca ayat surah waqiah itu.indahnya surga,tidak dapat kita bayangkan di fikiran betapa hebatnya syurga,
jika benar-benar aku ingin untuk membawa si dia ke syurga,jadil jalannya mestilah dengan jalan yang Allah redha.

Caranya adalah jumpa walinya dan menikah.Kerana itulah satu-satunya jalan yg Allah redha.

Ya!InsyaAllah,aku juga sedang merancang.tetapi kita manusia ini hanya mampu merancang,hakikatnya Allah
swt lah yang menentukan.

Cinta?Kasih?bawalah dia ke syurga.

jaga hati.jaga pandangan.jagalah dari perkara yang Allah larang.

"ya tuhanku,aku mohon supaya aku cinta kepadaMu dan cintakan kepada orang yang mencintaiMu,
termasuk orang yang sayang kepada semua amalan yang boleh membawa kepada sayang kepadaMu."
(HADITH RIWAYAT TIRMIZI)

Kepadalelaki yang igin menikah ada syaratnya.kerna kita akan menanggung satu tanggungjawab yang besar,
iaitu yang pertama adalah,tingkatkan kefahaman dalam ilmu,perdekatan diri dengan Allah swt dan mencari cinta Allah
dahulu serta buat persediaan rapi untuk pernikahan.

kepada yang perempuan,bersedia juga dengan ilmu agar dapat saling membimbing bersama suami yang tercinta,
buat persediaan,dan tidak boleh lari lagi dari mencari cinta Allah swt juga yang paling utama harus digapai setiap
diantara kita.

konklusi: pernikahan adalah permulaan cinta

Ramai yang menganggap pernikahan sebagai sebuah pengakhiran kerana sudah jemu ber'couple' dan
menganggap pernikahan sebagai jalan akhir.Ternyata sekali pandngan itu silap kerana pernikahan adalah satu permulaan bagi kehidupan yang sebenar.Pernikahan itu penuh dengan rasa kecintaan dan kasih sayang.Carilah cinta yang sebenar!!...:))

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MENGAPA MUDAH MEMAAFKAN NAMUN SULIT MELUPAKAN

Bismillahirrahmanirrahiim..... Sesungguhnya dosa itu atas Orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan  melampaui...